Tuesday, October 30, 2012

Alhamdulillah Rezeki

salam semua rakan pembaca yang setia lagi membaca entri aku niii..dah lama giler dah update....lately ni sibuk je rasa diri ini....1st sekali nak bersyukur kehadrat illahi kerana tidak disangka-sangka aku salah seorang yang terpilih untuk menerima hadiah cabutan bertuah anjuran "Riamoda Silk House Ipoh,Perak"xsangka plak bertuah jugak nama aku ni kan.....alhamdulillah aku memenangi TV LCD 32".....yela tv lama yang dalam bilik tu baru je dijual kepada sepupu ku atas permintaan hubby....memang niat dihati ni nak simpan duit nak beli TV baru sebab aku ngan hubby ni ade penyakit suka berebut2 channel Tv....hik3...bila dah dapat hadiah ni syukur sangat2 laaaa.....xperlu fikir nk kumpul duit nk beli Tv lagi..boleh kumpul duit untuk benda lain plak..hik3.....SYUKUR ALHAMDULILLAH



TQ AYAH SEBAB JADI WAKIL AMBIKKAN TV ANGAH....:)

Wednesday, September 26, 2012

Adam & Hawa

Ahaks.....macam menarik je kan.... tiba2 ternampak entry dalam facebook.......ermmm buat masa ni aku rasa aku xpernah miss lagi tengok cite niii.....best2...adiah yang ditawarkan pon best2 je nihh....harap2 aku dapat masuk peraduan ni....doa2kan aku yeeee.....



Untuk menyertai peraduan dan menangi hadiah – hadiah menarik, sila ikuti langkah – langkah mudah berikut.
  1. Tonton episod 17 hingga episod 24 drama bersiri Adam&Hawa dari 24 September 2012 hingga 4 Oktober 2012.
  2. Jawab 8 soalan mudah di www.astro.com.my/adamdanhawa/adam-dan-hawa-contest.
Setiap hari, satu soalan akan diumumkan sejurus selepas episod Adam & Hawa selesai.

Kesemua 8 jawapan hanya boleh dihantar mulai 4 Oktober 2012.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 14 Oktober 2012.

Hadiah – hadiah yang boleh menangi:
  1. Hadiah Utama
    1. 2 keping tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi ke Perth, Australia sumbangan Tourism Australia.
    2. Sebuah novel edisi terhad Adam & Hawa yang tandatangani oleh Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.
  2. Hadiah Tempat Kedua
    1. Sebuah iPad 2 (64GB)
    2. Sebuah novel edisi terhad Adam & Hawa yang tandatangani oleh Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.
  3. Hadiah Tempat Ketiga
    1. Sebuah iPod Touch (64GB)
    2. Sebuah novel edisi terhad Adam &Hawa yang tandatangani oleh Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.

Tuesday, September 25, 2012

Iphone Apple

Argghhhhhhh teringin nyeee benda yang diberi nama "Iphone Apple".....nape ek yang aku giler sangat nak ni????sebenarnye dah lama mintak hubby tapi hubby lebih kepada "Blackberry".......aku plak dah lenyap sikit perasaan nak Iphone ni sangat2...tapi bila je aku menonton cerita "adam & hawa" lakonan utama pelakon yang amat aku suka sape lagi kalau bukan Aaron Aziz..penyakit teringin aku ni semakin menjadi2..teringin yang teramat nak sangat Iphone Apple niii......aku ade mintak lagi sekali ngan hubby tapi dia macam xnak bagilaaaa.....adoiiii dengan sape lagi aku nak merayu niiii???agak2 ade x org yang bermurah hati nak bagi aku????wakakakakaka....nampak2 gayanye aku macam tepaksa kumpul duit sendiri untuk memilikinyeeee........... 


Thursday, September 20, 2012

KERJA,KERJA,KERJA

Bismillahirahmanirahim...kerja,kerja,kerja itu yang paling aku malas buat masa ini walaupun sekarang aku berada di opiz untuk rutin harian isnin hingga jumaat 8pg hingga 5ptg. pagi2 bangun xcited sangat nak p keje, siap bersolek sakan (xla sakan sangat sekadar nak bagi sejuk mata yang memandang aku)...sampai opiz masuk pintu  sampai plak meja aku je tengok keje2 yang berlambak yang xtau sampai bila nak abis terasala amat malas dan berat mata memandang..Ya Allah keje ni fardhu ain kan???aku nak bantu keluarga aku mencari rezeki yang halal...jadi aku pun kena ikhlas...yup,mulai hari ini aku kena ikhlas...aku boleh setelkan semua keje dengan ikhlas aminnn..( biasala ayat org yang baru balik dari cuti mmg ade sedikit malas dalam melakukan keje ni...hik3)....keje,keje,keje kena ikhlas dari hati naluri kita.....



Wednesday, September 19, 2012

KATA - KATA INDAH

Assalamualaikum,harini xtau nak tulis ape dalam ni,jadi aku dengan sendirinye nak menghabiskan masa yang agak ade sedikit masa terluang ni dengan post2 kata-kata yang agak indah bagi aku untuk diri aku dan diri orang-orang yang selalu menjenguk blog aku ni....











Monday, September 17, 2012

Legoland Malaysia

Legoland Malaysia telah dibuka pada 15.09.2012 di Nusajaya,Johor...nak di jadikan cerita aku ngan hubby keluar rumah dengan tujan untk shopping barang2 dapur di tesco bukit indah,johor....selesai shopping tiba2 je hubby tanya nak p mana lagi...aku xtau nape keluar dari mult ni nak p tengok Legoland Niiiii....hajat nak la masuk ke dalam..tapi bila p je kaunter tiket tanya...tiket seorang je RM 140.00..mahalnyeeeee..last2nye ambik gambar dari luar jelaaaa.....










Majlis Raya Felcra Berhad Bersama Perdana Menteri

Assalamualaikum semua rakan pembaca.masih terasa kepenatan pulang dari majlis sambutan raya bersama perdana menteri malaysia di pekan,pahang....dalam kepenatan terselit juga kegembiraan sebab aku dapat bertemu dengan orang2 yang aku rindui...bertolak jam 5.00 pagi dari johor bahru menaiki bas seramai lebih kurang 20 orang staf,berhenti solat subuh di kota tinggi,johor...berhenti makan pagi di rompin,pahang dan tiba di pekan,pahang lebih kurang jam 10.30 pagi....antara negeri yang awal sampai kot,sebab masa sampai xramai orang sangat...just aku seronok sangat sebab dapat berjumpa mereka2 yang dalam gambar dibawah ini...tepat jam 2.30 petang perdana menteri tiba dan majlis aku xtahu berakhir jam berapa sebab lebih kurang jam 3.30 petang aku bertolak balik....


sempat berposing dalam bas......


bersama hubby baru je sampai....


bersama staf FNSB Ipoh,Perak.....


bersama ain,dyba......


bersama ain.....


bersama mereka lagi......


dan lagi..tiba2 ade plak seorang lelaki......


hasil dari merajuk orang ipoh bagi...seronok,tapi macam xckup...
nak lagi banyak.....


bersama staf felcra berhad wilayah perak....rindu semua...